Selamat Datang ke Dunia Magik Al-Baghdadi

Kad Baghdadi membantu untuk menanamkan kecintaan yang mendalam dalam diri kanak-kanak untuk mempelajari Al-Quran. Teknik Baghdadi diterapkan dalam permainan kreatif dengan penggunaan kad Al-Baghdadi akan mewujudkan suasana pembelajaran ceria, santai dan menyeronokkan untuk anak-anak kecil. InsyaAllah, hasilnya: "Kami suka mengaji Al-Quran"

http://www.syihab.org/

Tuesday, June 1, 2010

KEM SMART QURAN




Kem Smart Al-Quran adalah sebuah program memperkukuhkan bacaan Al Quran dengan menggunakan teknik Al-Baghdadi sepenuhnya yang di adakan semasa cuti sekolah. Program ini dianjurkan oleh Syihab Resources dengan menggunakan teknik Al- Baghdadi sebagai medium pengajaran yang mudah dan senang di ikuti oleh semua peringkat umur. Penekanan aspek-aspek berkaitan kepimpinan, interpersonal, akhlak, pengurusan masa juga diterapkan di dalam kem ini.

Objektif

• Membantu para peserta memahirkan bacaan Al-Quran dengan Teknik Al-Baghdadi.
• Membantu membetulkan sebutan makhraj dan bacaan lebih bertartil.
• Merangsang minat menghafaz Al-Quran dengan program hafazan.
• Menerapkan nilai – nilai akhlak, kepimpinan, interpersonal, dan pengurusan masa di dalam setiap peserta melalui program –program yang dijalankan.
Peserta

Terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 17 tahun.

Tempat & Tarikh
Kolej Za’ba , UKM , Bangi ( 6-10 Jun 2010)
Kem PLKN Bukit Besar, Kulim, Kedah (12-16 Jun 2010)

Bayaran
RM 400.00 seorang termasuk penginapan, makan dan minum 6 kali sehari dan bahan – bahan sepanjang kem berlangsung.
Urusetia
Syihab Resources (001515502-H)
No 79-1A, Jalan 3, Batu Caves Centerpoint, 68100, Batu Caves , Selangor
03-61854587 / 019-6920123
013-6249318 (sarah)
http://www.syihab.org


Aturcara Program SMART AL-QURAN (Umum)

Masa Perkara
5.30 pagi Persiapan diri, Solat subuh, Bengkel Hafazan
7.00 pagi Senam pagi, sarapan,
9.00 pagi Bengkel Al Baghdadi I
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Bengkel Al Baghdadi II
12.30 tengah hari Makan tengah hari, Solat Zohor Berjemaah
3.30 petang Bengkel Hafazan
4.30 petang Solat Asar, minum petang
5.00 petang Riadah
6.00 petang Persiapan diri
7.00 petang Solat maghrib , makan malam, solat isya’ Berjemaah
9.00 malam Sesi motivasi dan ketuk minda
Adab Tidur – baca doa beramai
11.00 malam Minum malam,Tidur


• Pendaftaran bermula jam 3 ptg di setiap tempat kem.
• Keperluan yang perlu dibawa : Al-Quran, Pakaian harian untuk 5 hari, pakaian sukan 2 set, pakaian solat, peralatan mandi, cadar, selimut dan sarung bantal.
• Untuk di Kedah, hubungi Ust Ilias untuk maklumat lanjut – 019-4570187