Selamat Datang ke Dunia Magik Al-Baghdadi

Kad Baghdadi membantu untuk menanamkan kecintaan yang mendalam dalam diri kanak-kanak untuk mempelajari Al-Quran. Teknik Baghdadi diterapkan dalam permainan kreatif dengan penggunaan kad Al-Baghdadi akan mewujudkan suasana pembelajaran ceria, santai dan menyeronokkan untuk anak-anak kecil. InsyaAllah, hasilnya: "Kami suka mengaji Al-Quran"

http://www.syihab.org/
Showing posts with label Biodata. Show all posts
Showing posts with label Biodata. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Biodata Penyusun Kad Al-Baghdadi

Puan Erni Yentti binti Amir dilahirkan pada 24 September 1981 di Ipoh, Perak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi (Teknologi Maklumat) dari Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak, Malaysia pada tahun 2004. Mendirikan rumahtangga pada tahun 2005 dan telah dikurniakan 3 orang permata hati.

Berpengalaman sebagai guru di sekolah rendah dan menengah selepas graduasi. Beliau mendapat pendedahan dalam pendidikan awal kanak-kanak di Australia selama setahun setengah pada tahun 2005 hingga 2006.

Amat berminat dalam pendidikan awal kanak-kanak dan banyak menjalankan kajian melalui pembacaan, pemerhatian serta experimentasi di rumah dan di tadika. Beliau akan melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di United Kingdom dalam masa terdekat, InsyaAllah.

Biodata Pengasas Teknik Al-Baghdadi

Ustaz Jalaluddin bin Haji Hassanuddin al-Baghdadi dilahirkan pada 15 Januari 1970 di Kampung Berhala Gantang, Pahang. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran dari Universiti Saddam, Baghdad, Iraq pada tahun1998.

Berpengalaman sebagai pensyarah disebuah kolej swasta di Kuala Lumpur pada awal kerjaya selama 2 tahun. Kemudian menceburi bidang latihan dan penulisan bersama sebuah syarikat penerbitan swasta selama hampir 5 tahun. Beliau berpengalaman menyusun dan mengendalikan program kursus dan latihan kepada guru-guru serta ibubapa diseluruh negara hampir 10 tahun khususnya di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan bahasa Arab.