Selamat Datang ke Dunia Magik Al-Baghdadi

Kad Baghdadi membantu untuk menanamkan kecintaan yang mendalam dalam diri kanak-kanak untuk mempelajari Al-Quran. Teknik Baghdadi diterapkan dalam permainan kreatif dengan penggunaan kad Al-Baghdadi akan mewujudkan suasana pembelajaran ceria, santai dan menyeronokkan untuk anak-anak kecil. InsyaAllah, hasilnya: "Kami suka mengaji Al-Quran"

http://www.syihab.org/

Sunday, March 28, 2010

Al-Baghdadi Magical World - UTP


Objektif Program


Program ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan satu teknik belajar dan mengajar Al-Quran dengan mudah melalui teknik Al-Baghdadi. Kaedah ini menggabungkan pendekatan yang inovatif dan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran agar dapat menarik minat mereka yang ingin mempelajari al-Quran.

Selain itu, program ini juga akan turut mendedahkan satu teknik bagi mewujudkan suasana santai, ceria dan menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar Al-Quran menggunakan kad Al-Baghdadi. Ibubapa boleh memanfaatkan masa kualiti untuk mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran dengan menggunakan teknik dan kad ini. Kaedah ini juga amat sesuai dipraktikkan di Tadika untuk mengajar Al-Quran secara berkumpulan (sekitar 20 orang serentak). Teknik ini pasti mampu memikat kanak-kanak untuk mencintai Al-Quran, insyaAllah.


Tentatif Program


0930: Pendaftaran

1000: "Jom ketuk-ketuk dengan Ustaz Jalal "

Pengenalan teknik asas Al-Baghdadi

1115: "Jom ke Dunia Magik Al-Baghdadi"

Penggunaan kad Al-Baghdadi untuk pendidikan awal kanak-kanak.


Untuk gambaran penggunaan kad al-Baghdadi sila tontoni video ini.

Testimoni:


1. “Boleh ajar mengaji serentak dalam jumlah yang ramai, walaupun tahap berbeza” – Guru Tadika

2. “Alhamdulillah…penggunaan kad al-Baghdadi melengkapkan teknik Al-Baghdadi sebagai alat bantuan mengajar (ABM) yang amat berkesan” - Guru Tadika


3. “Tahap konsentrasi pelajar dapat ditingkatkan & mereka memberikan tumpuan yang penuh dalam kelas” – Guru Tadika


4. “Anak saya dapat mengecam tanda baris dengan cekap setelah guru menggunakan kad al-Baghdadi ini di tadika” – Ibubapa


5. “Pulang dari sekolah menceritakan keseronokan mengaji dengan guru” - Ibubapa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.