Selamat Datang ke Dunia Magik Al-Baghdadi

Kad Baghdadi membantu untuk menanamkan kecintaan yang mendalam dalam diri kanak-kanak untuk mempelajari Al-Quran. Teknik Baghdadi diterapkan dalam permainan kreatif dengan penggunaan kad Al-Baghdadi akan mewujudkan suasana pembelajaran ceria, santai dan menyeronokkan untuk anak-anak kecil. InsyaAllah, hasilnya: "Kami suka mengaji Al-Quran"

http://www.syihab.org/

Sunday, March 28, 2010

Al-Baghdadi Magical World - UTP


Objektif Program


Program ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan satu teknik belajar dan mengajar Al-Quran dengan mudah melalui teknik Al-Baghdadi. Kaedah ini menggabungkan pendekatan yang inovatif dan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran agar dapat menarik minat mereka yang ingin mempelajari al-Quran.

Selain itu, program ini juga akan turut mendedahkan satu teknik bagi mewujudkan suasana santai, ceria dan menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar Al-Quran menggunakan kad Al-Baghdadi. Ibubapa boleh memanfaatkan masa kualiti untuk mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran dengan menggunakan teknik dan kad ini. Kaedah ini juga amat sesuai dipraktikkan di Tadika untuk mengajar Al-Quran secara berkumpulan (sekitar 20 orang serentak). Teknik ini pasti mampu memikat kanak-kanak untuk mencintai Al-Quran, insyaAllah.


Tentatif Program


0930: Pendaftaran

1000: "Jom ketuk-ketuk dengan Ustaz Jalal "

Pengenalan teknik asas Al-Baghdadi

1115: "Jom ke Dunia Magik Al-Baghdadi"

Penggunaan kad Al-Baghdadi untuk pendidikan awal kanak-kanak.


Untuk gambaran penggunaan kad al-Baghdadi sila tontoni video ini.

Testimoni:


1. “Boleh ajar mengaji serentak dalam jumlah yang ramai, walaupun tahap berbeza” – Guru Tadika

2. “Alhamdulillah…penggunaan kad al-Baghdadi melengkapkan teknik Al-Baghdadi sebagai alat bantuan mengajar (ABM) yang amat berkesan” - Guru Tadika


3. “Tahap konsentrasi pelajar dapat ditingkatkan & mereka memberikan tumpuan yang penuh dalam kelas” – Guru Tadika


4. “Anak saya dapat mengecam tanda baris dengan cekap setelah guru menggunakan kad al-Baghdadi ini di tadika” – Ibubapa


5. “Pulang dari sekolah menceritakan keseronokan mengaji dengan guru” - Ibubapa

Tiga Biji Belon

Contoh Permainan Kreatif Al-Baghdadi

OBJEKTIF: Memperkenalkan bacaan tanwin (kad kuning) kepada pelajar.

Dapatkan set Kad Al-Baghdadi untuk maklumat lanjut berkenaan permainan ini. Harga set asas (edisi terhad) RM350 mengandungi Set Lengkap Kad Baghdadi dan Buku Panduan Permainan Kreatif. Set buku tamhid Al-Baghdadi dan alat ketuk dijual berasingan dengan harga RM 50.

Hubungi Syihab Resources di 019-6920123 untuk tempahan.

Jom Naik Keretapi ke Baghdad

Contoh Permainan Kreatif Al-Baghdadi

OBJEKTIF: Memperkenalkan bacaan mad/panjang (kad kuning) kepada pelajar.

Dapatkan set Kad Al-Baghdadi untuk maklumat lanjut berkenaan permainan ini. Harga set asas (edisi terhad) RM350 mengandungi Set Lengkap Kad Baghdadi dan Buku Panduan Permainan Kreatif. Set buku tamhid Al-Baghdadi dan alat ketuk dijual berasingan dengan harga RM 50.

Hubungi Syihab Resources di 019-6920123 untuk tempahan.

Kapal Terbang Tinggi

Contoh Permainan Kreatif

OBJEKTIF : Memperkenalkan bacaan pendek (kad ungu) dengan aktiviti yang santai dan ceria. Di samping itu, ia bertujuan mengasah minda pelajar untuk berimaginasi.

Dapatkan set Kad Al-Baghdadi untuk maklumat lanjut berkenaan permainan ini. Harga set asas (edisi terhad) RM350 mengandungi Set Lengkap Kad Baghdadi dan Buku Panduan Permainan Kreatif. Set buku tamhid Al-Baghdadi dan alat ketuk dijual berasingan dengan harga RM 50.

Hubungi Syihab Resources di 019-6920123 untuk tempahan.

Saturday, March 27, 2010

Kad Al-Baghdadi: 4 Elemen Penting

Dalam penyusunan dan penerbitan kad Al-Baghdadi ini, 4 elemen penting telah diterapkan:




Mendidik Anak Dulu dan Kini

Kalau zaman dulu, kita belajar Al-Quran dengan rotan ditangan tuan guru yang mengajar. Zaman ini adakah itu mainan rotan masih sesuai?
Sejajar dengan perubahan zaman, pendekatan baru untuk anak-anak generasi alaf ini amatlah perlu bagi memastikan mereka berminat untuk belajar Al-Quran seterusnya boleh membaca Al-Quran dengan cepat dan berkesan dengan pendekatan yang lebih santai dan menyeronokkan untuk anak kecil.
Pengenalan teknik AL-Baghdadi itu sendiri, adalah bertujuan untuk menanamkan minat yang mendalam disamping memudahkan anak-anak untuk belajar membaca Al-Quran.
Dengan inovasi kad Al-Baghdadi disulam dengan kreativiti guru dan pendidik dalam mengajar Al-Quran dengan kaedah ini, pasti pelajar serta anak-anak akan berminat untuk belajar Al-Quran .
Kami menyarankan agar amalan 5B diterapkan dalam pembelajaran dan pengajian Al-Quran bagi menarik minat anak-anak.

InsyaAllah, berkat keikhlasan guru dan pendidik dalam mendidik maka murid-murid akan seronok belajar dan pastinya mereka akan dapat membaca Al-Quran dengan mudah, cepat dan berkesan dengan teknik Al-Baghdadi ini.

InsyaAllah.

Wassalam.

Friday, March 26, 2010